for tHosE yg nak koMen kat blog-akma nih...silEr leR klik kat READ USER'S COMMENT....TQ!!



Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Journey of PhD

PhD....akma ada terbaca di satu blog by dr wan armizal..katanya untuk mendapat PHD dengan mudah as below:-

1. niat
2. hubungan dengan Allah
"saya juga menjaga ibadah khusus dan am. Antaranya ialah menunaikan solat pada waktunya, solat berjemaah (di surau, dengan rakan-rakan atau keluarga), menunaikan solat sunat seperti solat duha dan tahajud. Saya perasan, ia bagus untuk menjaga hubungan baik dan akrab dengan Sang Pencipta. "

3. Makbul doa ibu
4. Keluarga yang memahami – isteri /suami (pasangan)
5. Memilih penyelia

"Saya sering kali menasihati rakan-rakan yang ingin melanjutkan pengajian mereka agar memilih penyelia dengan teliti. Saya dapati ramai rakan-rakan saya ‘tersangkut’ dek masalah yang ditimbulkan penyelia mereka seperti tidak membaca proposal atau tesis, sukar untuk ditemui atau berbincang, mempunyai agenda tertentu, memperalatkan pelajar dan saranan untuk kajian atau tesis yang tidak konsisten. Saya sangat bersyukur kerana telah memilih penyelia PhD yang tepat. "


6. Disiplin dan kerja keras
7. Kemahiran dalam penyelidikan
8. Banyak membaca dan berbincang / berbahas
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al Insyirah: 5-6)

Zig Ziglar, “Rich people have small TVs and big libraries, and poor people have small libraries and big TVs”. Namun bagi saya pula, “Orang yang miskin ‘membesarkan’ (mengutamakan) televisyen. Manakala orang yang kaya ‘membesarkan’ perpustakaan mereka.    


CABARAN YANG DIHADAPI

Dari pengalaman ‘indah’ tersebut, adakah bermaksud saya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran atau masalah? Jawapannya mestilah tidak! Banyak cabaran yang saya hadapi sebagaimana orang lain juga. Misalnya:

1. Banyak komitmen 


"Namun, saya menetapkan disiplin tertentu, iaitu saya mesti ‘menyentuh’ penyelidikan dan tesis PhD saya sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sehari. Inilah yang konsisten saya amalkan.  "

2. Cabaran berkeluarga 

3. Kekurangan kemahiranSebetulnya dalam penyelidikan, memerlukan banyak ilmu, pengetahuan dan kemahiran baru. Kadang-kadang bisa melemahkan semangat. Saya ‘bermazhabkan’ mixed-method, mengaplikasikan kedua-dua pendekatan penyelidikan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Setiap pendekatan memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus, misalnya dalam pendekatan kuantitatif, saya perlu memahami prosedur statistik yang kompleks. Ia termasuklah penggunaan perisian komputer baharu seperti SEM-AMOS.  
 

4. Ketandusan idea dan mood

"Penyelidikan melibatkan proses, proses itu sentiasa berkembang, maka perhatikan setiap proses tersebut. Teliti kerja penyelidikan maka kita akan temui kelemahan dari setiap proses itu, ia pasti akan mendorong kita untuk menambah baiknya. Dengan cara bagaimana? Membaca dan terus membaca. Natijah, idea kita akan bertambah banyak. "  

5. Stres

"Maksudnya, tidak perlu hadirkan stres dalam hidup kita. Kerana apa, dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang indah-indah lagi menyenangkan untuk disyukuri, berbanding dengan perkara yang menyedihkan untuk diratapi. Juga sering saya bandingkan realiti dalam usaha menyiapkan PhD (yang perlu banyak membaca, menulis dan menjalankan penyelidikan) dengan keadaan ‘perjuangan’ saudara saya di Palestin. Mudah perjuangan kita di sini berbanding mereka di sana. Maka, perlukah stres?  "

Feeling down sepanjang perjalanan PhD????

Feeling down along the phd journey.how do u deal with it?
(from group DSG FB)...akma share di sini nasihat dan idea yang best....tapi bagi akma
 
memang akma masih amatur dalam bidang research tapi apa yang akma nampak setakat 31 tahun hidup ni....gunakan pendekatan 80:20 di mana 80% adalah mendekatkan diri kepada Allah 20% adalah usaha....anda tidak percaya???anda pernah rasa susah?try la......memang terasa jiwa penuh..bercahaya (wah jiwang pula ayat kan?) hahhaa...tak terasa kosong...rasa tenang...dan yang paling awesome.....kerja jalan...ada progress ok...hehhee

approach ini boleh apply kat kehidupan harian kita juga tau...akma nak banyak menulis (typing actually and akma nak contribute sedikit la untuk semua reader yang sudi jengah di sini)..mungkin one day orang tanya apa yang kita contribute dalam hidup untuk kehidupan di sana abadi....mungkin ilmu dunia dan sedikit sebanyak akma masukkan sedikit ilmu dan pengalaman untuk di akhirat soon....


panjang lebar pula akma membebel..ok back to topic ...how should you do if yo feel down???

Siti Osnita Mokhtar :
1. Take a long break..ada masa seminggu lebih tak tengok langsung research work saya.
2. Baca buku pasal kejayaan orang lain mengharungi phd

3. Exercise 
4. Spend lebih masa dengan family.

Alhamdulillah, Allah akan bantu permudahkan urusan kita.


Hazwani Mohadis:
"Meet people! Meet your fellow phd colleagues and have a chat over a cup of coffee/biscuits or have a lunch together. Talk about each other projects, your concern over your phd in a very casual environment..

cause sometimes your colleague may see your problem from different perspectives, and may unintentionally trigger a solution that you may never think of before. Having a very supportive colleague for me indeed very helpful, as at this point of time, one of the most important thing you need is strong emotional support from everyone (family, colleague, supervisor) to boost your motivations and re-energize.

 Don't ever confine yourself in a room, cause it may lead to stress and depression. Best wishes!"

- haaaaa..yang ini akma suka..akma bersyukur sebab sedikit sebanyak Allah telah permudahkan urusan akma..akma register kat ump..akma masuk lab..ada dua rakan lab iaitu kak neeza dan ain....so ada problem..nak makan..nak bergelak ketawa..nak bertanya...mereka berdua lah...awal-awal lagi nak ucap terima kasih....give and take ya! akma dan ain banyak grab ilmu daripada k.neeza sebab dia seorang lecturer di Unimap..banyak pengalaman dalm publishing dan akademik...

Ropizah Rohani : Jangan paksa diri...jangan buat kerja dalam keadaan stress...yang ptng kualiti...itu saya katakan pada diri sendiri...phd itu matlamat, tapi kesihatan diri juga perlu diutamakan...

Ili Izyan Syazwani As a Muslim, Allah sahaja tempat kita bergantung. It is only He who has the power to permit all the assistance you need to get to you through His creations (supervisors, family, friends, counselor, etc). 

Ikhlaskan hati lillahi ta'ala, perkemaskan iba
dah wajib, sentiasa tambah dan istiqamah ibadah sunat, banyakkan doa (I can't emphasise this enough). Plus, good time management is crucial as this will have a direct impact on your stress level. Don't forget to take some time off once in a while.


 The journey is meant to be hard, but if things get too overwhelming, don't keep it to yourself and please seek assistance immediately. Hope this helps. 
 
Akma ada saja nak komen dan nak tambah kan?hehehhee
sis ropizah share tu akma suka sangat sebabnya apa yang kita buat, bila stress jangan terlalu memaksa..have fun for a while...release tension then start it again..continue lab work...inshAllah kita boleh buat ....kesihatan pon penting....haaa akma nak share sket...sepanjang akma menjual produk kesihatan, kecantikan dan kosmetik...





akma memang consume aura white sebab ada kolagen untuk bantu dapatkan vit c...nak sihat nak cantik....sebab memang x berapa cantik compared to others kan..hehee..bersyukur Allah kurniakan wajah ini....hehe...vitamin c 1000mg pahang pharma wajib 1 hari sehari...kalau hubby dan mak bersungut rasa macam nak demam..flu..terus laju mulut akma membebel suruh amik vitamin c 1000mg daily ok..hehehhe

walau macam mana pun..back to our creator Allah yang satu kan???rasanya ini lah cara paling x susah..paling berkesan....susah senang nak kena ingat Allah....

haaaaa....next post nak share Al-fatihah dan maksud....kepentingan...inshAllah

PhD dan kata-kata motivasi

Assalam semua

actually sekarang akma masih terkial-kial dalam meneruskan perjalanan PhD di UMP....masih di sem 1..hampir 6 bulan masa sudah berlalu....input yang akma nampak macam too little....setiap hari menghadapi hari-hari sibuk namun hari ini rasa lebih tenang sedikit setelah liaise dengan my supervisor (SV) Dr Mazlina....i am not ready to meet her today..i am not prepared yet....and alhamdulillah she is ok and we will meet on next monday.....

akma tukar tajuk....dalam area yang sama...domain sahaja sedikit berbeza...namun masih agak blur sedikit dengan terms yang baru dan tidak begitu familiar...namun hari ini rasa lebih tenang...tinggalkan dunia onl9 business sekejap....anak-anak baru settle...sambil print out articles....sambil membaca beberapa kisah di group  DSG..

kisah pertama..inspiring me....begitu kental but the main phrases makes us more motivate....bagus la mr hubby yang banyak bagi dorongan dan semangat.....antara kata-katanya...

" Orang yang sedang buat PhD adalah orang yang menuntut ilmu. Kelebihan orang yang menuntut ilmu itu sungguh besar. Bayangkan seluruh burung dan makhluk Allah di langit, di bumi sehingga ikan-Ikan di lautan sedang mendoakan dan memohon ampun dan maghfirah untuk diri kita pada setiap hari..."

Saya c&p kisah Dr Najah yer?if Dr terbaca....


This note is for all moms and mom to be who had struggled and still struggling.
'Saya nak nasihatkan yang sedang buat phd dan nak buat phd supaya jangan mengandung dulu..., selesaikan dulu phd...' Ini adalah satu nasihat yang saya dengar daripada seorang penceramah/pensyarah (tersohor). Ketika itu saya sedang memangku anak ke-5 dan sedang hamil anak ke-6.
Bagi saya, nasihat ini sedikit lewat untuk saya kerana saya anak ke-2 saya lahir selepas 4 bulan mendaftar sebagai phd candidate.
'Stress nya sangat tinggi untuk ibu yang hamil, mengandung lagi, menyelesaikan study lagi, menunaikan tanggungjawab harian lagi...' Ujar penceramah tadi. Fahamlah saya mengapa kenyataan awalnya tadi menyarankan sedemikian.
GOT - adalah di luar jangkauan saya. Pun begitu saya Ada target untuk menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun setengah. Target ini terbit setelah bertemu supervisor buat kali pertama.
Tetapi saya tidak habis 4 tahun setengah ... Saya selesai PhD 6 bulan sebelum anak ke-2 saya menyambut hari lahirnya yang ke 9.
Ya, saya selesai Phd hampir 9 tahun.. 9 kali bulan Ramadan ... Barulah doa yang dipanjatkan saban hari/malam itu dimakbulkan oleh Allah swt dan perih jerih itu sampai ke garisan akhir. Episod ini sahaja yang berakhir. Episod lain terus berlangsung dan bermula.
Ibu-ibu dan sahabat-sahabatku - teruskanlah pengajianmu.
Saya tidak mampu untuk menulis satu persatu pengalaman 9 tahun menyelesaikan phd saya di bumi asing, jauh dari keluarga, kerinduan kepada ibu dan saudara mara, keinginan untuk pulang , kehilangan ahli keluarga - abang sulung, bapa mertua, ibu/bapa saudara etc.
Di mana sahaja Ada halangan - carilah solusi dan peluang baru.
Sentiasa positif dan nekad.
Tahun ke7 pengajian saya, ketika itu saya cuti tanpa gaji, saya tanya kepada suami saya: "Abe, oghe lain sudah berjaya soghe demi soghe, saya ni tok habis-habis jugok". Apabila membaca newsfeed dlm DSG ini dan lain - Ada sahaja berita rakan-rakan nak viva dan berjaya. Saya belum jugak...
Jawapan suami menjadi ubat mujarab. Katanya: orang yang sedang membuat phd ialah orang yang menuntut ilmu. Kelebihan orang yang menuntut ilmu itu sungguh besar. Bayangkan seluruh burung dan makhluk Allah di langit, di bumi sehingga ikan-Ikan di lautan sedang mendoakan dan memohon ampun dan maghfirah untuk diri kita pada setiap hari...'
Motivasi ini sangat hebat masuk ke hati dan fikiran saya. Semangat yang menghidupkan hati saya untuk terus menatap draf tesis setiap hari.
Saya tidak sangka saya menatap helaian tesis selama 9 tahun.
Tahun ke 6 saya hantar tesis untuk viva. Tetapi tahun ke 7 saya dapat tarikh viva yang sesuai dengan examiners. Morale of the story jangan bersalin dekat dengan tarikh viva dan examiners pula jangan cari orang hebat. Ya saya bersalin anak ke 4 dan salah seorang examiner saya ialah professor mona siddiqui (Edinburgh university).
Sehari sebelum berlepas ke Aberdeen, anak ke 2 saya masih ditahan di wad hospital akibat keracunan. Plan asalnya saya berlepas bersama suami dan baby. Itu tidak menjadi.
Sesi viva berlangsung selama 3 jam. Ia sangat sebentar. Percayalah.
Professor Siddiqui seorang yang sangat teliti. Saya lihat dia menanda setiap helaian tesis saya. Begitu juga Dr Zohar di sebelahnya. Bersama dengan tesis saya - saya juga Ada satu salinan lagi senarai pembetulan dan tambahan yang saya telah buat sebelum viva/selepas submit. Jadi mereka telah tahu saya telah semak kesalahan teknikal.
Selesai sesi viva saya diminta keluar.
Saya telah tahu apa Keputusan saya sejak Dari awal. Salah seorang supervisor saya iaitu chair of the centre of myth di Aberdeen university telah berbual selama dan menemani saya sehingga ke pintu bilik viva. Kata-kata Professor Robert Segal sampai ke hari ini jelas pada telinga saya: najah, just be prepared. Our school has a tradition. They won't let the students pass without correction. I'm myself had major correction.
Hint yang seram daripada professor tua yang suka pakai kasut sebelah dan selipar sebelah...kalau professor Segal pun dapat major correction - aku apa lagi. Itulah yang saya fikir.
Major correction is not a crime in academia.
This is what I learnt from my phd odyssey.
Making mistake is not a crime. It is part of learning process.
Saya masih ingat kata-kata akhir prof siddiqui selepas Dr Zohor umumkan saya pass with major correction.
'Najah, I was so engaged when I read your thesis. I want to know more. You ll be the expert in this field'.
Kata-kata yang sama saya pernah dengar daripada 1st supervisor associate professor Gabriele Maranci: you are the expert najah. Your thesis is your 'jihaad'.
Ibu-ibu dan sahabat-sahabat.
Allah knows. When Allah put you into something, He will put you through it.
Allah telah kurniakan 5 orang anak selepas saya menjadi phd candidate. Saya telah Ada seorang anak ketika menyelesaikan masters by coursework. Anak sulung saya 3 tahun ketika itu. Sekarang 12 tahun. Anak ke-3 saya meninggal dunia. Saya di tahun 3 ketika itu.
Tak terhitung berapa banyak kertas A4 dan berapa kali nappies bertukar ganti selama hampir 9 tahun yang lalu. Berapa banyak langkah demi langkah sebagai ibu dan student, menyorong stroller dan buggy terisi anak-anak dan barang-barang rumah. It is normal mom, when you re thinking about ur data and finding then you realise that you need to feed or change ur baby's nappy.
It is okay to seek help from others.
Your spouse is your true friend and BFF. Seek help from him and say thank you.
Maaf jika panjang. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan giliran kejayaan buat My BFF yang selama ini telah menukar nappies, suapkan makan, jaga anak-anak kami. Semoga perjalanan phd beliau singkat daripada isterinya dan mendapat kejayaan cemerlang.