for tHosE yg nak koMen kat blog-akma nih...silEr leR klik kat READ USER'S COMMENT....TQ!!



PhD dan kata-kata motivasi

Assalam semua

actually sekarang akma masih terkial-kial dalam meneruskan perjalanan PhD di UMP....masih di sem 1..hampir 6 bulan masa sudah berlalu....input yang akma nampak macam too little....setiap hari menghadapi hari-hari sibuk namun hari ini rasa lebih tenang sedikit setelah liaise dengan my supervisor (SV) Dr Mazlina....i am not ready to meet her today..i am not prepared yet....and alhamdulillah she is ok and we will meet on next monday.....

akma tukar tajuk....dalam area yang sama...domain sahaja sedikit berbeza...namun masih agak blur sedikit dengan terms yang baru dan tidak begitu familiar...namun hari ini rasa lebih tenang...tinggalkan dunia onl9 business sekejap....anak-anak baru settle...sambil print out articles....sambil membaca beberapa kisah di group  DSG..

kisah pertama..inspiring me....begitu kental but the main phrases makes us more motivate....bagus la mr hubby yang banyak bagi dorongan dan semangat.....antara kata-katanya...

" Orang yang sedang buat PhD adalah orang yang menuntut ilmu. Kelebihan orang yang menuntut ilmu itu sungguh besar. Bayangkan seluruh burung dan makhluk Allah di langit, di bumi sehingga ikan-Ikan di lautan sedang mendoakan dan memohon ampun dan maghfirah untuk diri kita pada setiap hari..."

Saya c&p kisah Dr Najah yer?if Dr terbaca....


This note is for all moms and mom to be who had struggled and still struggling.
'Saya nak nasihatkan yang sedang buat phd dan nak buat phd supaya jangan mengandung dulu..., selesaikan dulu phd...' Ini adalah satu nasihat yang saya dengar daripada seorang penceramah/pensyarah (tersohor). Ketika itu saya sedang memangku anak ke-5 dan sedang hamil anak ke-6.
Bagi saya, nasihat ini sedikit lewat untuk saya kerana saya anak ke-2 saya lahir selepas 4 bulan mendaftar sebagai phd candidate.
'Stress nya sangat tinggi untuk ibu yang hamil, mengandung lagi, menyelesaikan study lagi, menunaikan tanggungjawab harian lagi...' Ujar penceramah tadi. Fahamlah saya mengapa kenyataan awalnya tadi menyarankan sedemikian.
GOT - adalah di luar jangkauan saya. Pun begitu saya Ada target untuk menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun setengah. Target ini terbit setelah bertemu supervisor buat kali pertama.
Tetapi saya tidak habis 4 tahun setengah ... Saya selesai PhD 6 bulan sebelum anak ke-2 saya menyambut hari lahirnya yang ke 9.
Ya, saya selesai Phd hampir 9 tahun.. 9 kali bulan Ramadan ... Barulah doa yang dipanjatkan saban hari/malam itu dimakbulkan oleh Allah swt dan perih jerih itu sampai ke garisan akhir. Episod ini sahaja yang berakhir. Episod lain terus berlangsung dan bermula.
Ibu-ibu dan sahabat-sahabatku - teruskanlah pengajianmu.
Saya tidak mampu untuk menulis satu persatu pengalaman 9 tahun menyelesaikan phd saya di bumi asing, jauh dari keluarga, kerinduan kepada ibu dan saudara mara, keinginan untuk pulang , kehilangan ahli keluarga - abang sulung, bapa mertua, ibu/bapa saudara etc.
Di mana sahaja Ada halangan - carilah solusi dan peluang baru.
Sentiasa positif dan nekad.
Tahun ke7 pengajian saya, ketika itu saya cuti tanpa gaji, saya tanya kepada suami saya: "Abe, oghe lain sudah berjaya soghe demi soghe, saya ni tok habis-habis jugok". Apabila membaca newsfeed dlm DSG ini dan lain - Ada sahaja berita rakan-rakan nak viva dan berjaya. Saya belum jugak...
Jawapan suami menjadi ubat mujarab. Katanya: orang yang sedang membuat phd ialah orang yang menuntut ilmu. Kelebihan orang yang menuntut ilmu itu sungguh besar. Bayangkan seluruh burung dan makhluk Allah di langit, di bumi sehingga ikan-Ikan di lautan sedang mendoakan dan memohon ampun dan maghfirah untuk diri kita pada setiap hari...'
Motivasi ini sangat hebat masuk ke hati dan fikiran saya. Semangat yang menghidupkan hati saya untuk terus menatap draf tesis setiap hari.
Saya tidak sangka saya menatap helaian tesis selama 9 tahun.
Tahun ke 6 saya hantar tesis untuk viva. Tetapi tahun ke 7 saya dapat tarikh viva yang sesuai dengan examiners. Morale of the story jangan bersalin dekat dengan tarikh viva dan examiners pula jangan cari orang hebat. Ya saya bersalin anak ke 4 dan salah seorang examiner saya ialah professor mona siddiqui (Edinburgh university).
Sehari sebelum berlepas ke Aberdeen, anak ke 2 saya masih ditahan di wad hospital akibat keracunan. Plan asalnya saya berlepas bersama suami dan baby. Itu tidak menjadi.
Sesi viva berlangsung selama 3 jam. Ia sangat sebentar. Percayalah.
Professor Siddiqui seorang yang sangat teliti. Saya lihat dia menanda setiap helaian tesis saya. Begitu juga Dr Zohar di sebelahnya. Bersama dengan tesis saya - saya juga Ada satu salinan lagi senarai pembetulan dan tambahan yang saya telah buat sebelum viva/selepas submit. Jadi mereka telah tahu saya telah semak kesalahan teknikal.
Selesai sesi viva saya diminta keluar.
Saya telah tahu apa Keputusan saya sejak Dari awal. Salah seorang supervisor saya iaitu chair of the centre of myth di Aberdeen university telah berbual selama dan menemani saya sehingga ke pintu bilik viva. Kata-kata Professor Robert Segal sampai ke hari ini jelas pada telinga saya: najah, just be prepared. Our school has a tradition. They won't let the students pass without correction. I'm myself had major correction.
Hint yang seram daripada professor tua yang suka pakai kasut sebelah dan selipar sebelah...kalau professor Segal pun dapat major correction - aku apa lagi. Itulah yang saya fikir.
Major correction is not a crime in academia.
This is what I learnt from my phd odyssey.
Making mistake is not a crime. It is part of learning process.
Saya masih ingat kata-kata akhir prof siddiqui selepas Dr Zohor umumkan saya pass with major correction.
'Najah, I was so engaged when I read your thesis. I want to know more. You ll be the expert in this field'.
Kata-kata yang sama saya pernah dengar daripada 1st supervisor associate professor Gabriele Maranci: you are the expert najah. Your thesis is your 'jihaad'.
Ibu-ibu dan sahabat-sahabat.
Allah knows. When Allah put you into something, He will put you through it.
Allah telah kurniakan 5 orang anak selepas saya menjadi phd candidate. Saya telah Ada seorang anak ketika menyelesaikan masters by coursework. Anak sulung saya 3 tahun ketika itu. Sekarang 12 tahun. Anak ke-3 saya meninggal dunia. Saya di tahun 3 ketika itu.
Tak terhitung berapa banyak kertas A4 dan berapa kali nappies bertukar ganti selama hampir 9 tahun yang lalu. Berapa banyak langkah demi langkah sebagai ibu dan student, menyorong stroller dan buggy terisi anak-anak dan barang-barang rumah. It is normal mom, when you re thinking about ur data and finding then you realise that you need to feed or change ur baby's nappy.
It is okay to seek help from others.
Your spouse is your true friend and BFF. Seek help from him and say thank you.
Maaf jika panjang. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan giliran kejayaan buat My BFF yang selama ini telah menukar nappies, suapkan makan, jaga anak-anak kami. Semoga perjalanan phd beliau singkat daripada isterinya dan mendapat kejayaan cemerlang.