for tHosE yg nak koMen kat blog-akma nih...silEr leR klik kat READ USER'S COMMENT....TQ!!



Journey of PhD

PhD....akma ada terbaca di satu blog by dr wan armizal..katanya untuk mendapat PHD dengan mudah as below:-

1. niat
2. hubungan dengan Allah
"saya juga menjaga ibadah khusus dan am. Antaranya ialah menunaikan solat pada waktunya, solat berjemaah (di surau, dengan rakan-rakan atau keluarga), menunaikan solat sunat seperti solat duha dan tahajud. Saya perasan, ia bagus untuk menjaga hubungan baik dan akrab dengan Sang Pencipta. "

3. Makbul doa ibu
4. Keluarga yang memahami – isteri /suami (pasangan)
5. Memilih penyelia

"Saya sering kali menasihati rakan-rakan yang ingin melanjutkan pengajian mereka agar memilih penyelia dengan teliti. Saya dapati ramai rakan-rakan saya ‘tersangkut’ dek masalah yang ditimbulkan penyelia mereka seperti tidak membaca proposal atau tesis, sukar untuk ditemui atau berbincang, mempunyai agenda tertentu, memperalatkan pelajar dan saranan untuk kajian atau tesis yang tidak konsisten. Saya sangat bersyukur kerana telah memilih penyelia PhD yang tepat. "


6. Disiplin dan kerja keras
7. Kemahiran dalam penyelidikan
8. Banyak membaca dan berbincang / berbahas
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al Insyirah: 5-6)

Zig Ziglar, “Rich people have small TVs and big libraries, and poor people have small libraries and big TVs”. Namun bagi saya pula, “Orang yang miskin ‘membesarkan’ (mengutamakan) televisyen. Manakala orang yang kaya ‘membesarkan’ perpustakaan mereka.    


CABARAN YANG DIHADAPI

Dari pengalaman ‘indah’ tersebut, adakah bermaksud saya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran atau masalah? Jawapannya mestilah tidak! Banyak cabaran yang saya hadapi sebagaimana orang lain juga. Misalnya:

1. Banyak komitmen 


"Namun, saya menetapkan disiplin tertentu, iaitu saya mesti ‘menyentuh’ penyelidikan dan tesis PhD saya sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sehari. Inilah yang konsisten saya amalkan.  "

2. Cabaran berkeluarga 

3. Kekurangan kemahiranSebetulnya dalam penyelidikan, memerlukan banyak ilmu, pengetahuan dan kemahiran baru. Kadang-kadang bisa melemahkan semangat. Saya ‘bermazhabkan’ mixed-method, mengaplikasikan kedua-dua pendekatan penyelidikan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Setiap pendekatan memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus, misalnya dalam pendekatan kuantitatif, saya perlu memahami prosedur statistik yang kompleks. Ia termasuklah penggunaan perisian komputer baharu seperti SEM-AMOS.  
 

4. Ketandusan idea dan mood

"Penyelidikan melibatkan proses, proses itu sentiasa berkembang, maka perhatikan setiap proses tersebut. Teliti kerja penyelidikan maka kita akan temui kelemahan dari setiap proses itu, ia pasti akan mendorong kita untuk menambah baiknya. Dengan cara bagaimana? Membaca dan terus membaca. Natijah, idea kita akan bertambah banyak. "  

5. Stres

"Maksudnya, tidak perlu hadirkan stres dalam hidup kita. Kerana apa, dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang indah-indah lagi menyenangkan untuk disyukuri, berbanding dengan perkara yang menyedihkan untuk diratapi. Juga sering saya bandingkan realiti dalam usaha menyiapkan PhD (yang perlu banyak membaca, menulis dan menjalankan penyelidikan) dengan keadaan ‘perjuangan’ saudara saya di Palestin. Mudah perjuangan kita di sini berbanding mereka di sana. Maka, perlukah stres?  "

0 comments:



Post a Comment